Nasehat Bagi Perempuan Melalui Sebuah Papan. Renungkanlah - Renungan Islam | Kisah Inspirasi

Nasehat Bagi Perempuan Melalui Sebuah Papan. Renungkanlah

Sebuah papan tanda milik Jabatan Kerja Raya (JKR) yang ditulis dengan ayat berunsur nasihat menutup aurat mendapat perhatian ramai hingga menjadi viral di media sosial.

Papan tanda itu dipasang di Jalan Bakau Condong di Batu Pahat Johor dengan ditulis ayat peringatan kepada golongan wanita yang tidak mahu bertudung.


Harian Metro Online melaporkan, Jurutera JKR Batu Pahat, Alias Mohd Zain memberitahu, papan tanda itu telah dinaikkan sejak Januari lalu dan niat memasangnya adalah untuk memberi nasihat kepada orang ramai khususnya wanita.

“Niatnya hanya untuk menasihati dan tidak sangka pula ia mendapat perhatian ramai hingga menjadi viral di laman sosial.

“Pada awalnya papan tanda itu digunakan untuk menyalurkan maklumat mengenai program dijalankan sekitar daerah ini namun kadangkala ia terbiar kosong.

“Oleh itu, lebih baik ia diisi dengan ayat berbentuk nasihat yang mungkin boleh dijadikan pedoman dan peringatan kepada orang ramai terutama pengguna jalan raya,” ujarnya. (ceritadunia)