Kalau Sudah Beristri, Janganlah Berlagak Seperti Masih Bujang. Hargai Istrimu - Renungan Islam | Kisah Inspirasi

Kalau Sudah Beristri, Janganlah Berlagak Seperti Masih Bujang. Hargai Istrimu


Kalau sudah beristeri janganlah kau berlagak macam kau single macam abang ini. Tolonglah sedar diri. Mata tu jangan nakal lagi. Perangai tu, cuba matang sikit, jagalah hati kau punyai isteri. Kang abang mengorat tau pulak kau mengamuk, meroyan. Sayang juga kau kat bini kau. Jangan biarkan perasaan cemburu kau menguasai diri. Kenal kawan-kawan isteri/tunang/girlfriend kau personally, kenal hati budi. Bukan apa, abang tak nak kau jatuh syak/berprasangka buruk di belakang hari.

Kau sebagai suami/tunang/boyfriend, kau lebih kenal pasangan kau totally. Apa yang kau nak sangsi lagi atau sebenarnya kau yang…

Tolong off bluetooth, jangan nak searching...

an pairing saja belakang bini. Tolong on Whatsapp tu biar nampak kau punya last seen, boleh? Zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi.

Abang ini orang lelaki. abang tahu batas-batas berkawan dengan orang punya tunang/girlfriend atau bini. Jadi jangan risau, jangan khuatir. Abang bukan jenis yang suka ambil bekas/hak orang lain ini. Ramai lagi anak dara kat luar duduk menunggu.

Pada yang sudah bergelar ayah/daddy……..jagalah anak (anugerah Allah) tu seperti kau jaga nyawa kau sendiri. Jangan kau serah tugas 100% pada isteri. Tahu kau sibuk cari rezeki. Abang faham, sebab abang pon sama spesis dengan kau, lelaki. Tapi sesekali tidak salah kan kau ambik/gantikan tempat kau punya isteri.

Layan anak-anak hasil ciptaan kau sendiri sebagai lelaki, sebagai suami. Jangan tau nak sedap saja, sebab abang pun tidak dapat-dapat lagi. Jadi, tolong bro, tolong hargai isteri.


Ingat, walaupun kau ada banyak duit, kau pakai kereta mewah, kerja pangkat besar, percayalah, kau tidakakan mampu beli atau ganti kepercayan dan kasih sayang yang sudah kau khianati.